9 Fakta Ringkas Jaguar F-Type Coupe Di Malaysia- Harga RM575, 800 Seunit

Sejak dilancarkan pada 2012, Jaguar F-Type dua kerusi antara kereta sport yang diminati dalam segmennya dan sudah memenangi 170 anugerah seluruh dunia. Keseimbangan yang tidak dapat ditandingi bermula dari rekaan badan menggoda, prestasi yang menakjubkan dan dinamik sentiasa membuatkan jentera tersebut begitu unik.

Terkini, Jaguar F-Type (2018) baharu tiba ke pasaran tempatan menerusi kemas kini signifikan. Berikut 9 fakta ringkas model sport tersebut:

1.  Rekaan baharu lampu depan, belakang dan bampar meningkatkan penampilan kontemporari sedia ada F-Type.

2. Dipadankan dengan enjin baharu 2.0L turbo Ingenium yang menghasilkan kuasa 300PS dan tork 400Nm seawal 1,500rpm. Degan pecutan maksimum 250kmj, F-Type berupaya memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 5.7saat.

3. Versi terbaru ini menampilkan lampu depan futuristik dengan ciri LED yang bukan sahaja menambahbaik estetika luaran tetapi suhu warna LED 5,500-6,000K memberikan pencahayaan lebih terang pada waktu malam. Tidak ketinggalan lampu belakang turut didatangkan dengan ciri LED.

BACA>>>PREVIU: Jaguar F-TYPE Coupe (2014)

4. F-Type menawarkan tiga pilihan mod lampu tinggi bermula dari bandar, lebuh raya dan cuaca buruk yang boleh disesuaikan mengikut keadaan.

5.  Kemudian jentera dipadankan dengan bampar yang direka semula, paip ekzos tunggal baharu dan rim 18 inci bersama pilihan warna baharu Silicon Silver (perak).

6. Kepakaran Jaguar dalam membangunkan teknologi aluminium menyumbang kepada berat badan lebih ringan 8kg berbanding sebelumnya dan menjadikan rangka badan lebih kukuh.

BACA>>>15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

7. Masuk ke kabin, Jaguar memilih bentuk kerusi yang nipis dan ringan bersama kemasan aluminium dan krom baharu. Selain itu, kemasan kulit Siena Tan kini ditawarkan pada keseluruhan varian. Setiap model  F-Type dipasang dengan sistem hiburan Touch Pro dengan skrin sentuh 10-inci.

8. Jaguar F-Type 2.0L Ingenium dijual pada harga RM575,800 seunit dan sudah berada di semua wakil jualan Jaguar yang sah.

9. Model Jaguar didatangkan dengan Program Jaguar Care (yang mana tiba terdahulu) iaitu waranti 5-tahun atau 150,000km ; 5-tahun servis atau 65, 000km dan Bantuan Tepi Jalan 3-tahun.

BACA>>>Jaguar XK120 SE Ini Ambil Masa 6,725 Jam Dibaik Pulih – Menang Anugerah; Restoration of the Year

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *