Alatan Basic Gundam Tool Kits untuk Pemasangan Gunpla (Gundam Plastic)



“Alatan Asas Pasang Gundam”


Gundam, adalah salah satu istilah yang penulis masukkan dalam senarai hobi penulis.
Jika berpeluang wang ringgit untuk mendapatkan sekotak gunpla penulis tidak akan lepaskan.


Basic Gundam Tool Kits
Basic Gundam Tool Kits

Membina robot gundam sendiri memang mengasyikan, seumpama menggigit kuaci semasa menonton cerita di kaca televisyen.



Memang sudah ada robot gundam yang telah siap dipasang untuk dibeli, namun, tanpa membina sendiri, terasa seolah-olah tiada kepuasan.


Gred dan Saiz Gunpla Berbeza


Pemasangan dan pembinaan robot gundam berbeza mengikut saiz dan skalanya serta jenisnya. SD (Super Deformed), HG (High Grade), MG (Medium Grade), RG (Real Grade) apalagi PG (Perfect Grade) untuk pemasangan dan pembinaan gunpla berbeza caranya.


Comparison Grade of Gunpla | Google Image

Semakin komplikated pembinaan dalam grednya semakin banyak usaha dan masa diperlukan.


Alatan ‘Homemade’ 


Pada awalnya penulis hanya menggunakan beberapa alatan biasa seperti gunting kain, pisau lipat 20 sen, kertas pasir belian dari kedai hardware dan pencungkil gigi sebagai permulaan.


Untuk gred SD masih lagi boleh digunakan, apabila penulis mula berkecimpung mencari pengalaman untuk membina sebuah model gundam dengan gred RG mula mendatangkan masalah alatan-alatan tadi.
Kurang sesuai.


Maka, dengan kata lainnya, penulis memerlukan alatan yang sememangnya untuk pembinaan dan pemasangan gunpla penulis.


Ini adalah antara alatan asas pemasangan gunpla yang penulis gunakan.


1. Pemotong (Cutter atau Nipper for Plastic)


Alat ini menggantikan gunting yang penulis gunakan. Untuk part besar yang ada pada gundam kecil seperti gred SD atau HG masih boleh menggunakan gunting biasa.


Masalah akan muncul apabila penulis memulakan pembinaan gred RG apabila terdapat bahagian kecil yang tidak sesuai untuk gunting biasa. 


Gunpla Cutter
Gunpla Cutter

Cutter khas ini seumpama pengepit untuk eletrikal dengan mata tajam. Memang merupakan alatan penting untuk membuang bahagian-bahagian yang diperlukan untuk membina gunpla yang melekat pada perumahnya.


Gunpla Nipper
Gunpla Nipper

Memiliki sisi yang berbeza membuatkan mudah untuk meleraikan bahagian dan komponen pembinaan gundam dari perumahnya.


2. Bar Pengikis (Double Sided Polished Bar)


Alat ini penulis gunakan sebagai ganti kertas pasir biasa. Digunakan sebagai pembuang ‘nub mark’ atau lebihan cantuman antara bahagian yang ingin digunakan dengan perumah.


Double Sided Polished Bar
Double Sided Polished Bar

Bagi memeberikan bentuk komponen yang licin dan tidak menggerutu dan menyakitkan mata, gunakan polished bar ini.


Bertugas seumpama kertas pasir. Selain memberikan bahagian yang diperlukan licin dan cantik, alat ini juga boleh membuang nub mark yang boleh menjadi penghalang kepada sendi-sendi yang mungkin tersekat.


Banyak jugalah kegunaan benda ini.


3. Pisau (Utility Pen Knife )


Kegunaan pen knife tidak lari banyak dari fungsi cutter atau polished bar. Tugasnya memudahkan pembungan sisa yang tidak diingini bagi mendapatkan komponen gunpla yang kemas dan licin.


Agak tajam dan perlu digunakan dengan berhati-hati. Matanya boleh ditukar dan amat senang digunakan untuk proses mengikis.


4. Pengepit (Tweezer)


Dalam bahasa Malaysia mudah pengepit, digunakan untuk mengepit benda kecil yang gagal dicubit dengan jari.


Tweezer Gunpla
Tweezer Gunpla

Bagi penulis, tweezer penulis gunakan untuk melekatkan sticker kepada komponen yang memerlukan sticker atau pelekat. Dengan mata runcing seumpama pencabut bulu roma senang untuk menanggalkan pelekat dari tempat asal sebelum dilekatkan pada komponen gunpla.


Tweezer For Decal
Tweezer For Decal

Terdapat pelbagai bentuk, dan jenis tweezer, bergantung kepada kesesuaian kegunaan.


5. Pemutar Skru (Scredriver)


Tidak usah diterangkan secara terperinci. Sesungguhnya digunakan untuk bahagian yang memerlukan pembukaan atau pengetatan sambungan menggunakan skru.


Jarang sebenarnya gunpla menggunakan skru untuk sambungan, majoritinya adalah secara clip on.


6. Pen Warna ( Lining Marker Pen)


Ini sebagai penambahbaikan. Untuk mendapatkan lebih nilai seninya pen ini digunakan.
Datang dalam pelbagai warna dan jenis. 


Lining Marker Pen
Lining Marker Pen

Bukanlah suatu kewajipan memilikinya namun yang dikhaskan untuk gunpla lebih baik. Mungkin boleh dijadikan penanda sesuatu.


Beli Gundam Tool Kits


Apa yang penulis senaraikan di atas merupakan alatan biasa yang diperlukan untuk membina dan memasang gunpla (gundam plastic). Banyak terdapat di pasaran seperti Lazada atau Shopee.


Nak lebin info atau pilihan boleh dapatkan di kedai hobi berdekatan apalagi kedai yang menjual robot gundam.


Selalunya apabila dibeli secara pukal iaitu dalam satu kotak, kesemua di atas akan disertakan.


Pasang Sendiri Gundam Lebih Asyik


Alatan yang sesuai memudahkan modeler gunpla dalam memasang gunpla kegemaran masing-masing.


Pasang Gundam Sendiri

Bagi penulis, ketika memasang komponen-komponen gunpla sehingga terbentuknya satu-satu watak gundam itulah satu ‘state’ kepuasan.


Memang ada yang menjual gundam yang sudah siap, memasangnya lebih mempersonakan.


Apa Itu Nub Mark ?


Nubmark adalah cebisan atau lebihan halus hasil dari pembuangan (finishing) untuk sesuatu komponen gunpla. 


Nub Mark Gunpla Assembly

Anda fikir anda tahu Alatan Basic (Gundam Tool Kits) untuk Pemasangan Gunpla Kit (Gundam Plastic) ? 


Anda fikir sekali lagi….


Assalamualaikum.


Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *