#ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Penyerap Hentak Belakang Sama Ada Perlu Diganti

Musim hujan dan keadaan jalan yang rosak berlubang sebenarnya banyak memberi kesan kepada bahagian suspensi motor. Apapun keadaan musim atau jalan bukanlah penyumbang kepada penyerap hentak menjadi rosak. Mungkin juga kerana usianya yang sudah lama.

BACA>>>#ApaNakBuat: 4 Tip Layan Korner Buat Kaki Leper

Penyerap hentak yang melalui jarak 50,000km sebenarnya sudah perlu diganti. Sering membawa beban berat berlebihan boleh jadi penyebab komponen itu menjadi rosak. Jangan bimbang ada cara mudah untuk memeriksa keadaan penyerap hentak belakang sama ada masih baik atau sebaliknya.

  1. Pertama periksa secara visual sama ada terdapat minyak pada bahagian komponen dan jika ya ini bermaksud penyerap hentak perlu segera diganti.
  2. Cara kedua ialah anda perlu membawa pembonceng dan menunggang dengan laju. Jika bahagian belakang terasa berayun berulang-ulang- ini bermaksud kemampuan peredam hanya tinggal ditopang per saja. Solusi terbaik adalah segera menggantinya dengan yang baru agar lebih selesa.

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *