Konvoi DOCM Presidential Ride 2019 Gegarkan Pulau Pinang

  • Lebih daripada 140 orang ahli kelab Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menyertai konvoi DOCM Presidential Ride 2019 ke Pulau Pinang pada hujung minggu lalu.
  • Ini adalah tunggangan mega pertama kelab berkenaan pada tahun ini bagi memulakan tahun dengan gemilang.
  • Kami telah menyertai keraiannya di atas jentera Ducati Multistrada 1260 S terbaru (ulasannya bakal tiba nanti!)

Ahli kelab DOCM (Desmo Owners Club Malaysia) telah berkumpul pada hujung minggu lalu bagi konvoi besar-besaran pertama ke utara untuk tahun ini bergelar DOCM Presidential Ride Pulau Pinang 2019. Sekitar 140 pemilik Ducati telah menunggang menuju ke “Pulau Mutiara” bagi menikmati makanan yang menyelerakan, budaya, dan bersuka ria bersama rakan taulan.

Kami berasa amat teruja kerana telah dijemput menyertai perjumpaan mega ini di mana kumpulan pertama yang terdiri sekitar 30 ahli DOCM telah dilepaskan ketika rancangan televisyen Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri pada awal pagi Sabtu. Ahli kelab DOCM dengan pantas menuju ke titik pertemuan pertama di mana mereka telah bergabung dengan baki peserta konvoi sebelum menuju ke arah utara.

Memupuk semangat kekeluargaan dan setiakawan, fraterniti DOCM mengalukan sesiapa sahaja yang ingin menyertai kelab berkenaan dan jenis-jenis motosikal yang hadir pada hari itu membuktikannya. Pelbagai jenis Ducati yang berlainan saiz dan bentuk telah menyertai konvoi ini, dari Monster ke Diavel,Multistrada, Hypermotard, Panigale, serta Scrambler. Kita turut terserempak dengan ahli kelab Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community yang ikut menyertai kemeriahan kali ini.

Penunggangan ke Pulau Pinang berlangsung tanpa sebarang masalah, dan ianya atas jasa marsyal elit terlatih kelab berkenaan yang memastikan semua peserta menunggang dengan selamat ke destinasi pertama pada hari tersebut sebaik sahaja tiba di atas pulau, iaitu restoran D’Seafood Paradise yang terletak di Batu Maung. Hidangan makanan laut yang menyelerakan telah disediakan buat para peserta dan kru yang lapar dan ianya mengenyangkan.

Ahli kelab Ducati Club Penang, Ducati Perlis Riders, dan Ducati Club Kedah telah sedia menanti kami di Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi memastikan kami tiba di pulau dengan penuh bergaya yang mana ianya jelas sekali kegempakannya dengana jumlah penunggang yang ramai, yang telah menyertai konvoi DOCM Presidential Ride ini.

Makan tengah hari kami ditaja oleh PG Gold Museum, destinasi kami yang seterusnya selepas selesai makan tengah hari. Terletak di tengah-tengah bandar George Town, muzium ini mempamerkan beberapa buah pameran yang menarik dan aktiviti yang berkaitan dengan mineral paling berharga dalam dunia ini. Ianya sebuah tempat yang menarik untuk dilawat sekiranya anda sempat sampai ke Pulau Pinang.

Tidak lama kemudian, konvoi gergasi ini telah menuju ke Gurney Resort Hotel and Residences di mana ahli DOCM berehat sebelum meneruskan aktiviti di sebelah malam. Ada antara mereka mengambil peluang ini untuk menunggang di sebelah malam mengelilingi pulau, manakala yang lain telah menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan, seperti menikmati Nasi Kandar.

Pada hari Ahad, gerombolan pemilik Ducati telah mendaftar keluar untuk mula menuju pulang ke Kuala Lumpur, namun, pasti tidak lengkap perjalanan ini sekiranya tidak makan tengah hari dahulu. Hidangan tengah hari kami merupakan kari kepala ikan di restoran terkenal, restoran Pen Mutiara. Keseluruhannya, konvoi DOCM Presidential Ride 2019 ke Pulau Pinang ini amat menyeronokkan dan bersejarah.

Ucapan kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Dewi dan Ruby dari DOCM yang telah membenarkan kami untuk turut serta dalam tunggangan kali ini dan ucapan terima kasih yang istimewa buat Ducati Malaysia yang telah menyediakan kami dengan sebuah jentera Ducati Multistrada 1260 S untuk memastikan kami tampil bergaya. Teruskan bersama kami untuk ulasan rasmi kami tentang motosikal kembara terkini Ducati yang telah kami gelar sebagai “The Hunter”.

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *