Maserati Levante Vulcano dilancarkan – 10 unit sahaja di Malaysia!

Naza Italia-Maserati baru sahaja melancarkan sebuah SUV edisi terhad sempena sambutan ulangtahun ke-10 jenama kenderaan premium ini mula bertapak di Malaysia iaitu Maserati Levante Vulcano Limited Edition. Hanya 10 unit sahaja akan dijual untuk pasaran Malaysia dalam menyambut 10 tahun mereka beroperasi di dalam negara.

Model SUV unggul dari jenama Maserati merupakan model keluaran yang Berjaya mengubah pasaran, persepsi dan jenama keseluruhan syarikat pengeluar kenderaan premium dari Itali ini yang telah bergiat selama 100 tahun. Sejak dilancarkan pada tahun 2016, model Levante merupakan antara SUV premium paling popular di Malaysia.

Bagi model Levante Vulcano, ia juga dianggap terhad oleh kerana hanya 150 unit akan dikeluarkan bagi untuk pasaran Eropah dan juga Asia. Dipasangkan dengan enjin 3.0-liter biturbo, Maserati Levante Vulcano Limited Edition in mampu menjana 428hp dan 580Nm tork maksimum dengan warna terhad matt “Grigio Lava”.

Menurut Dato’ Samson Anand George, kumpulan CEO bahagian automotif di Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd, “Kami berusaha untuk menjadikan keseluruhan pengalaman memiliki Maserati yang unik dan sensasi – dari saat anda berjalan melalui pintu bilik pameran kami, ke titik penyerahan kereta anda dan perkhidmatan selepas yang dedikasi.”

“Untuk komitmen ini, dan untuk kegembiraan peminat dan penggemar Maserati di utara Semenanjung Malaysia, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa rancangan untuk pengembangan rangkaian di Pulau Pinang “.

Bagi mereka yang berminat untuk memiliki jentera edisi terhad ini, Naza Italia-Maserati akan menawarkan model Levante Vulcano pada harga RM838,800 (harga asas tanpa cukai jalan dan insurans). Untuk maklumat lanjut, layari Instagram @maserati.malaysia atau www.facebook/maserati.malaysia.

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *