MOTOGP ARGENTINA MILIK MARQUEZ, ROSSI & DOVI. HAFIZH TERUS SENDU

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Perlumbaan MotoGP pusingan kedua di Argentina semalam berakhir dengan kemenangan Marquez yang nyata sukar dicabar pelumba lain.

Mencatat masa yang bagus pada pusingan kelayakan dan mendapat kedudukan grid pertama, Marquez dan jentera Hondanya memang laju yang amat meninggalkan Rossi hampir 10 saat di tempat kedua.

Podium ketiga pula diisi oleh Dovizioso yang ternyata tidak dapat menang walaupun swing arm belakangnya dipasangkan alat ajaib yang telah diluluskan walaupun mencipta kontroversi pada awal pusingan di Qatar.

Sementara itu, pelumba negara Bo55ku Hafizh Syahrin masih mengekalkan posisi kegemarannya iaitu di kelompok terakhir. Beliau menghabiskan perlumbaan di tempat ke-16 dengan Inannone di belakangnya dan di belakang Iannone ialah pelumba yang tidak berlumba kerana jatuh dan tak habiskan perlumbaan.

Satu lagi keputusan yang dinantikan ialah dari pasukan Petronas SRT di mana Quantararo menduduki tempat ke lapan.

Sebenarnya, perlumbaan MotoGP Argentina ni tiada yang dramatik. Walaupun ketika acara latihan bebas nampak macam kebanyakan pelumba konsisten dengan hanya sela masa sekitar satu saat, tapi waktu perlumbaan memang berbeza.

Kelompok belakang tu macam berpusing-pusing di litar mencari rumah sewa.

Di bawah ialah senarai keputusan penuh MotoGP Argentina;

  1. Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) 41m 43.688s
  2. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 53.504s
  3. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 54.218s
  4. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) 41m 55.828s
  5. Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) 41m 56.251s
  6. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) 41m 57.438s
  7. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) 42m 1.848s
  8. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)* 42m 4.091s
  9. Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 8.980s
  10. Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 9.367s
  11. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* 42m 9.543s
  12. Jorge Lorenzo ESP Repsol Honda (RC213V) 42m 11.185s
  13. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) 42m 15.086s
  14. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* 42m 16.581s
  15. Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) 42m 17.060s
  16. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) 42m 19.233s
  17. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) 42m 21.926s

DNF

  • Maverick Viñales ESP Monster Yamaha (YZR-M1)
  • Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha SRT (YZR-M1)
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  • Tito Rabat ESP Reale Avintia Ducati (GP18)
  • Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18)

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *