ONEXOX. PASUKAN TEMPATAN DENGAN KEJAYAAN PODIUM DI MOTOGP ARGENTINA

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Kalau tidak kerana status dari saudara Arie Sham ini memang ramai yang tak sedar sebenarnya ada syarikat tempatan yang turut berlumba dalam perlumbaan MotoGP di Argentina semalam.

Apa yang lebih menarik, dalam kelas Moto2, pasukan ONEXOX TKKR Racing Team telah berjaya mendapat podium menerusi pelumba mereka
Remy Gardner (Anak kpd Wayne Gardner).

Berbeza dengan syarikat telekomunikasi tempatan lain yang memperuntukkan sejumlah besar bajet dalam bentuk promosi dan pengiklanan, ONEXOX mengambil langkah yang sangat berbeza.

Mereka melabur dalam sukan motor. Bermula dari perlumbaan Cubprix sehinggalah ke kelas MotoGP.

…………………………………………………..

Tahun 2019 ni kena buat 2 juta pelanggan baru utk ONEXOX …

Caranya bagaimana masih belum jumpa lagi , kalau nak ikutkan jumlah rakan niaga dah boleh capai sangat tetapi Rakyat Malaysia masih tidak tau kehadiran kami dipasaran .

Secara logicnya kalau kita follow big boys atau syarikat yg punya dana yg banyak biasanya akan tabur iklan satu Malaysia … senang … TV , RADIO , BILLBOARD .. gila gila punya investment dan pelanggan akan cari brand itu dipasaran …

Tapi investment terlalu besar utk ditanggung oleh syarikat diatas business modulnya yg memindahkan dana pengiklanan ini kepada rangakaian pengedar .

Dan ianya adalah percubaan yg dibuat oleh saya kerana ingin melihat golongan baru menerima sedikit dari perniagaan telekomunikasi ini yg kita tau jumlahnya sangat sangat besar …

Perjuangan ekonomi ini bagi saya sangat penting kerana ramai golongan golongan marhaen yg memerlukan model perniagaan yg sebegini utk mengharungi hidup pada zaman ekonomi yg sangat mencabar …

Brand ONEXOX pada tahun ini pasti akan mendapat perhatian Rakyat Malaysia apabila BRAND kita ini bakal terlihat di MOTOGP dalam kategori MOTO2 bersama Remy Gardner ( Anak kpd Wayne Gardner ) dan Tetsu Nagashima…

Kelibat ONEXOX juga akan kelihatan di FIM CEV Spain bersama Ramdan Rosli dan Azlan Shah serta penglibatan kami Di Asia Road Racing serta Malaysia Cubprix .

Untuk Pengetahuan ONEXOX TKKR Racing Team telah mencatatkan sejarah baru dalam Sukan Lumba Motor Negara dengan menyertai semua kejohanan dari Malaysia Cubprix hingga ke MotoGP .

Dengan perbelanjaan yg dikeluarkan mesti ramai yg fikir jumlahnya sangat sangat besar .. Tetapi saya boleh sahkan perbelanjaan team secara keseluruhan tidak mencecah 8 juta ringgit setahun …

Kalau kita ambil jumlah ini utk bersaing dalam pengiklanan dalam negara ianya perbelanjaan utk sebulan utk bersaing dgn brand brand yg dominan …

Disamping itu penglibatan ONEXOX TKKR Racing Team sedikit sebanyak telah mengubah lanskap industri Sukan Lumba Motor selama ini …

Kita pernah dengar ada team yg mendapat tajaan dari syarikat minyak gergasi membelanjakan 10 juta ringgit setahun utk menyertai CEV Spain dgn hanya 1 jentera …

Kami ada 22 jentera lalu memberi tempat kepada pelumba tempatan untuk bersaing di pentas asia dan Dunia …

Kenapa saya sendiri yg menguruskan Team … Sebab saya rasa dgn pengurusan yg betul ianya boleh dibuat dgn kos yg rendah …

Mmg agak sukar utk memncecah angka 2 juta langganan ini tetapi kita harus bersikap positif serta senantiasa berdoa agar urusan kita dipermudahkan ….

Terima Kasih kepada semua rakan rakan Facebook Saya yang menyokong ONEXOX selama ini ….

………………………………………………

KREDIT: ARIE SHAM

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *