Perbandingan Rupa: Ottimo VIZ110 vs Honda RS150R yang Sama Tapi Tak Serupa


OTTIMO VIZ110
baru saja dilancarkan malam tadı. Kemunculan moped kapcai itu agak mengejutkan juga kerana ia dilancarkan hanya beberapa minggu selepas tersiar foto intip model itu sedang ditunggang uji di Pantai Merdeka, Kedah.

Rata-rata komen membandingkan VIZ110 dengan kapcai Honda RS150R dan itu tidaklah menghairankan jika melihat kepada asas rekabentuk, terutama rupa depan yang memang sangat mirip bak pelanduk dua serupa. Namun, perbezaan paling ketara ialah saiz enjin itu sendiri yang mana RS150R dijana enjin 150cc, manakala VIZ110 dipacu enjin 110cc yang lebih kecil.

Jadi sasaran pengguna dua kapcai itu juga berbeza dan tidak patut diletakkan dalam kumpulan sama. RS150R mensasarkan kepada penunggang muda yang sukakan prestasi dan gaya. Sebaliknya skop pelanggan VIZ110 juga sama, tetapi dengan pakej harga lebih mampu milik, yang juga tidak kurang gayanya. Malah, VIZ110 lebih kepada kapcai aras mula atau boleh dijadikan motor basahan untuk tugas-tugas praktikal. Secara logiknya, kos senggara otosikal sesaran kecil biasanya lebih murah dan mudah.

BACA >>> Ottimo VIZ110 – Kapcai Rakyat Kini di Pasaran Malaysia, Harga RM4,288 Sahaja

Sekarang mari kita bandingkan penampilan VIZ110 dan RS150R secara satu lawan satu. Apa yang sama dan apa pula yang berbeza?

  • Rupa depan VIZ110 boleh dikatakan sangat mirip dengan RS150R yang boleh dilihat pada bentuk lampu kedua-dua model. Bahagian fairing berlekuk juga mirip, cuma dibezakan dengan kemasan tambahan dan warna badan. Tapi, kombinasi warna VIZ110 boleh tahan menarik juga.
  • Rekabentuk madgad depan juga seakan sama jika sekadar melihat sepintas lalu, tetapi sebenarnya ada perbezaan.

  • Tayar VIZ110 depan dan belakang semestinya lebih kecil berbanding RS150R.
  • Bentuk brek cakera depan juga berbeza. Rekabentuk brek cakera RS150R lebih kemas. Tayar belakang VIZ110 cuma dibekalkan brek dram, tidak seperti RS150R, brek cakera.
  • RFS ada signal capang di depan, tidak untuk VIZ110.

  • Perbezaan paling ketara ialah rekabentuk belakang.
  • VIZ110 menggunakan suspensi jenis koil swingarm berbanding RS150R jenis monoschock atau absorber tunggal.
  • Pelana VIZ110 juga lebih besar dan lebar, sesuai dengan kapasiti ruang simpanan jenis u-box yang ditawarkan.
  • Sebaliknya, pelana dan belakang RS150R lebih ramping dan lebih tonggek, tipikal untuk moped dengan monoshock.

  • Ada yang membandingkan VIZ110 dengan moped SYM VF3i 185. Tetapi pada pendapat kami rekabentuk kedua-duanya tiada persamaan yang signifikan. Cuma ‘seakan-akan’ saja yang dapat dilihat pada rekaan rim ataupun fairing bahagian dada, tetapi masih tidak semirip rupa depan RS150R, terutama lampu.

FOTO PENUH

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *