SUV PERODUA – TERIMA KASIH THE AJERUL. SEKARANG DAH SEMAKIN JELAS!

Pakar manipulasi foto tempatan, siapa lagi kalau bukan The Ajerul telah memuat naik foto terbarunya. Pertama kali kami cuma melihat sekali imbas, ingatkan ia memang sebuah Perodua SUV yang berjaya dirakam secara langsung. Tapi bila membaca statusnya, Ajerul memberitahu ia adalah foto render terbarunya.

Apa yang pasti, beliau sudah mula mendapat “rentak” menerusi beberapa foto acahan yang disiarkan oleh Perodua sendiri, digabungkan dengan imej asal Daihatsu Terios dan juga Toyota Rush.

Menariknya juga, Ajerul bukan sahaja “melukis” tetapi beliau ada pandangannya yang tersendiri mengenai SUV ini. Berikut adalah catatan status beliau yang dimuatnaik siang tadi;


Perodua SUV (D38L)

Semua dah tahu 2 model dari Daihatsu Terios dan Toyota Rush hampir sama. Malaysia pula bakal menerima kembar Toyota Rush yg baru dilancarkan Oktober lepas. Jika di Indonesia, Rush ada 4 variant dan Terios ada 7 variant. Harganya sudah pasti Rush la paling mahal. Tetapi peliknya Rush paling laris berbanding Terios.

sebab2 Rush lagi laris dari Terios adalah:
– features Rush lagi advance dari Terios
– interior Rush dari bahan2 soft touch di dashboard dan door trim tapi Terios tiada
– Rush ada 6 airbag, Terios ada 2 airbag
– headrest dan seatbelt baris kedua ada 3 untuk Rush, tapi Terios ada 2 saja
– seatbelt indicator ada pada Rush tapi Terios tiada
– VSC, HSA, reverse camera semua variant Rush, tapi Terios ada 360° camera untuk variant R (Deluxe) sahaja
– safety belt belakang hanya ada pada Rush
– emergency stop / brake signal untuk semua variant Rush, tapi Terios untuk variant R (Deluxe) sahaja
– Rush ada 8 surround speaker, tapi Terios ada 6 mid-range speaker ( + 2 tweeter )
– infotainment 7″ Rush lagi advanced dari Terios ( Rush boleh connect internet dan navigation )

Harga Toyota Rush (Malaysia) dari RM93k – RM98k manakala Daihatsu Terios (Ind) dari RM56k – RM71k

So Perodua akan rebadge dari model mana agaknya? berapa harga pulak? 
Yg pasti Perodua SUV ada ASA 2.0, 6 airbag, enjin dual VVT-i berstatus EEV .

p/s : gambar di bawah hanya rendered saja


Beliau mengkaji setiap perincian yang ditawarkan menerusi pasaran Indonesia, iaitu pasaran terhampir untuk dijadikan garis panduan di negara kita.

Memang benar, di Indonesia, Toyota Rush diletak sebagai pasaran “premium” berbanding Daihatsu Terios. Ia juga berlaku dalam rangkaian produk lain mereka seperti Avanza dan Xenia.

Kami juga mempunyai pendapat yang sama dengan tuan Ajerul di mana Perodua sejak awal lagi memberitahu bahawa mereka akan melengkapi SUV D38L dengan ENAM beg udara dan sistem ASA versi 2.0. Bermakna, ia bukanlah produk “pilihan kedua” seperti di Indonesia. SUV Perodua tetap akan berada pada rangkaian pilihan premium.

Cuma yang masih menjadi teka-teki ialah harga jualannya sahaja. Agak sukar untuk meramal strategi harga Perodua. Namun jika dibandingkan dengan Indonesia, Perodua mendapat sedikit kelebihan menerusi status produk tempatan. Sudah pasti akan ada jurang harga yang kompetitif antara Toyota Rush dari UMW Toyota dan D38L dari Perodua.

BACA: PERODUA BEZZA GT, MEMANG PADU!

Walaupun ia dikeluarkan dari kilang yang sama di Rawang.

KREDIT: THE AJERUL

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *