SUZUKI UMUMKAN HARGA JUALAN SUZUKI KATANA 2019 DI UK

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Setelah mempamerkannya dalam pameran Motor Intermot di Jerman tahun lalu, Suzuki secara rasminya mengumumkan harga jualan motosikal kelahiran semula ikonik ini di pasaran UK.

Ia dijual pada harga t £11,399 atau RM61,775. Motosikal ini dijangka akan mula dihantar kepada pembeli pada awal bulan April nanti.

Hampir 40 tahun berlalu, Suzuki Katana yang pertama dilancarkan pada tahun 1980 di Cologne Motor Show. Walaupun tidak banyak kesan pada masa itu, Katana meninggalkan memori yang sangat besar dalam industri motosikal moden. Ia mungkin bukan tentang kepantasan, tetapi tentang revolusi rekabentuknya yang mendahului zaman.

Reka bentuk Katana baru sebenarnya merupakan penghormatan kepada GSX1100S tahun 1981, model yang diperkenalkan kepada dunia nama Katana buat kali pertama.

Dari lampu bersegi ke fairing yang dramatik, Katana baru berkembang dari generasi pertama. Bentuk yang lebih moden dan terasa lebih padat berbanding nenek moyangnya dengan badan yang lebih pendek dan ekor yang lebih tirus.

Ia meminjam enjin GSX-R1000, empat baris 999cc yang menghasilkan 148 kuasa kuda dan kira-kira 80 lb-ft tork.

Dengan reka bentuk bersejarah ini, ia dilengkapi dengan teknologi moden. Katana menerima ciri-ciri seperti tork limiter, mod tunggangan tiga pemacu, ABS, sistem brek dari Brembo, set lampu LED moden dengan rekabentuk yang cuba meniru model asalnya.

SAMURAI ACCESORY PACK

Suzuki UK turut memperkenalkan aksesori Katana 2019 dengan koleksi Samurai Accesory Pack. Pakej ini berharga £999 (RM5,413) yang terdiri dari pembias angin hadapan, mudguard hadapan dengan efek karbon, penghadang enjin, pad tangki, pelekat rim, fairing berwarna merah dan kemasan pada pelana.

Turut ditawarkan ialah aksesori tambahan seperti brek Brembo, penghadang enjin karbon, pembias angin smoked, logo Katana merah di bahagian pelana, pemanas tangan, penghadang tangki dan penutup minyak dan kemasan rim.

GALERI

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *