Pek Nilai Biker Shell – Dapatkan Pas VIP MotoGP dan Peluang Menang Yamaha 135LC


SHELL Malaysia melancarkan Pek Nilai Biker Shell edisi terhad sempena pembabitan syarikat itu dalam Kejuaraan MotoGP (2018) kali ke-9 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pek minyak enjin edisi khas itu kini berada di pasaran hingga 30 November depan.

Apakah yang anda dapat dengan membeli Pek Nilai Biker Shell  bernilai RM69.90 dan RM99.90 itu?

  • Minyak enjin motosikal Shell Advance.
  • Baucar minyak Shell.
  • Kemeja-T eksklusif Shell.
  • Insurans kemalangan peribadi daripada Etiqa.
  • Pek RM99.90 akan menerima tambahan minyak Shell Advance Ultra 1 liter dan sekeping pas laluan VIP di Shell Hillstand


Setiap pembelian Pek Nilai Biker Shell, pelanggan berpeluang menyertai peraduan Win a Motorbike with Shell (Menang Motosikal Dengan Shell) yang menawarkan hadiah motosikal Yamaha 135LC setiap minggu.

Pemenang minggu pertama sudah diumumkan, dimenangi Mohd Nazeri Abdul Razak dari Terengganu. Jangan lepaskan peluang ini. Peraduan sah hingga 30 November ini.

BACA >>> Beli Minyak Pelincir Shell Advance di Lazada, Anda Berpeluang Jumpa Jorge Lorenzo!

Sementara itu, peminat MotoGP juga jangan lepaskan peluang membeli tiket Shell Hillstand pada harga RM60 di stesen minyak Shell terpilih. Maklumat lanjut boleh kunjungi laman web rasmi Shell Malaysia.

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *