Pendedahan Kedua: Proton Perincikan Varian, Warna dan Material X70


SELEPAS pendedahan pertama dibuat pada 1 September lalu, Proton sekali lagi melakukan pratonton khas kepada media buat kali kedua di Petaling Jaya, pagi tadi. Kali ini pihak Proton mendedahkan perincian tentang spesifikasi, sistem infotainment GKUI dan pilihan varian X70 untuk pasaran tempatan sebelum dilancarkan secara rasmi, November depan.

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI – Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

Berikut maklumat tentang varian, warna dan ciri ditawarkan X70, juga kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton untuk pasaran tempatan:

1. ADA 4 VARIAN

  • Standard 2WD
  • Executive 2WD
  • Executive AWD
  • Premium 2WD

2. ADA 5 PILIHAN WARNA

  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak)
  • Jet Grey (kelabu)
  • Cinnamon Brown (coklat)
  • Flame Red (merah)

3. ADA 3 PILIHAN MATERIAL KERUSI

  • Fabrik Hitam (Standard 2WD)
  • Leatherette Hitam (Executive 2WD)
  • Leatherette Hitam (Executive AWD)
  • Kulit Nappa Coklat (Premium 2WD)

* Leatherette – Kulit artifisial/tiruan

4. ADA 6 SLOT USB

Proton X70 didatangkan dengan 6 slot USB iaitu di sisi konsol tengah (2), belakang konsol tengah (2), ruang simpanan konsol (1) dan belakang cermin pandang belakang (1). Menurut Proton, slot USB di belakang cermin pandang belakang dikhaskan untuk kamera pemuka (dashcam), jadi tiada lagi kabel berselirat dan berjuntai di depan stereo.


SPESIFIKASI TAMBAHAN MENGIKUT VARIAN

Di bawah ini ialah aksesori dan ciri tambahan yang berbeza mengikut jenis varian. Semestinya varian paling premium, Premium 2WD menawarkan pakej paling lengkap.

i) Standard 2WD

  • Transmisi automatik 6-kelajuan dengan mod manual
  • Rim aloi 17 inci
  • Lampu depan halogen
  • Kerusi fabrik
  • Set infotainment skrin sentuh 8 inci
  • Kamera pandang belakang

ii) Executive 2WD

  • Rim aloi 18 inci
  • Lampu depan LED dengan lampu siang (DRL)
  • Kerusi leatherette hitam
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik
  • Kamera 360º

BACA >>> Apakah Rahsia di Sebalik Nama Proton X70?

iii) Executive AWD

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

iv) Premium 2WD

  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Kerusi kulit Nappa Coklat
  • Kerusi depan boleh laras elektrik
  • Bumbung panorama/suria
GALERI

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *