Permandangan Indah Di Polumpung Melangkap View Campsite Dengan Latar Gunung Kinabalu



“Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah”


Percutian ke Sabah antara ‘bucket list’ yang sering diinginkan oleh pelancong dan traveler.
Kita beruntung Sabah dalam Malaysia, senang dan mudah untuk kita lawati.


Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah

Pelbagai etnik dan kaum begitu juga tempat menarik yang terdapat di Sabah. Penulis bersyukur kerana berpeluang melawat Sabah sebagai lawatan pertama kali ke Borneo.



Mungkin yang akan seterusnya Sabah akan menjadi lawatan penulis lagi.


Latar Belakang Gunung Kinabalu


Landmark yang cukup terkenal di Sabah adalah Gunung Kinabalu. Kundasang terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.






Kebanyakan pengunjung atau pelancong akan ke Kundasang untuk merasai kesejukan udaranya, panorama tumbuhan kawasan sejuk dan apalagi melihat keindahan alam berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.






Terdapat satu lagi tempat menarik yang ideal dalam kategori keindahan alam semulajadi di sekitar Gunung Kinabalu.


Kawasan yang memiliki ‘lukisan alam’ bertemakan dua kejadian alam yang menjadi kebanggan Sabah.





Gunung Kinabalu sebagai latar dan jeram air terjun yang juga berasal dari puncak Gunung Kinabalu itu sendiri sebagai nadi kawasan ini.






Polumpung Melangkap Kota Belud






Sebuah taman rekreasi yang cukup indah. Kawasan jeram dengan latar Gunung Kinabalu nun di sana.







Tiada apa yang boleh diungkapkan selain mendapatkan gambar dan kenangan indah di sini.


Pelbagai Aktiviti Riadah






Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain fotografi yang cantik.
Pengunjung boleh bermalam dengan khemah bawaan sendiri atau pun di tempat yang telah disediakan.






Sungai yang laju menghempas batuan sekitar jeram menambahkan lagi suasana yang bukan sahaja sejuk di permukaan kulit namun turut menyejukan hati.






Sungai Berasal Dari Air Terjun Gunung Kinabalu


Apalagi bila cuaca yang begitu cerah puncak Gunung Kinabalu kelihatan. Secara geografinya, Polumpung berada pada bahagian belakang Gunung Kinabalu jika dianggapkan lembah Kundasang sebagai bahagian hadapan.






Penulis ada membuat kajian melalui Google Maps, Sungai yang melintasi taman rekreasi Polumpung Melangkap ini adalah sumbernya dari Gunung Kinabalu.






Tidak dapat dipastikan apa nama sungai ini. Mungkin Sungai Melangkap namanya, lebih tepat Sungai Panataran. Namun sungai ini melintasi bandar Kota Belud sebelum memasuki Laut China Selatan di Kuala Abai.


Agak kurang bernasib baik sebenarnya untuk penulis datang selepas hujan baharu sahaja membasahi bumi. Sebagaimana yang dapat dilihat airnya seumpama teh ais yang baharu sahaja di pesan di kedai makan.

Air Jernih Sungai Melangkap | Sumber Insta @nurasilah_

Lumpur datang bersama-sama air yang deras.



Jika cuaca yang elok dan keadaan mengizinkan air sungai ini mengalir laju beserta jernih airnya. Sebagaimana yang dapat dialami sendiri oleh rakan penulis lain yang berjaya sampai ke Polumpung Melangkap View Campsite ini ketika air sungainya yang sungguh jernih.

Sumber Insta | @nurasilah_



Campsite Sekitar Melangkap


Polumpung Melangkap View Campsite adalah salah satu dari campsite yang ada. Di sekelilingnya terdapat campsite lain seperti Mandahatan Eco Tourism, Nahandang Homestay and Campsite, Datau Nakapan Eco Tourism, dan Nohutu Eco Tourism.






Bagi yang tidak mahu berkhemah terdapat juga homestay yang disediakan di sekitar.



Bagi penulis, isteri dan rakan-rakan, datang merasai udara, air dan tanah di sini sahaja.
Dapatkan beberapa keping kenangan digital dalam telefon mudah alih dan berangkat kembali ke Kota Kinabalu.






Satu singgahan merehatkan enjin kenderaan dari Kundasang ke Kota Kinabalu.


Jika berpeluang kembali ke sini mungkin penulis akan cuba bermalam di camp site dan mencuba pelbagai aktiviti lain yang disediakan termasuk flying fox di Borneo Bayau Flying Fox.


Informasi Pengunjung


Lokasi Polumpung Melangkap



Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang, Polumpung Melangkap berada di tengah-tengah perjalanan. Memasuki jalan berbukit bukau melalui jalan raya biasa.

Sememangnya terletak di perkampungan. Apabila terlihat sungai anda sudah menghampiri destinasi dituju.



Polumpung Melangkap View Campsite Kota Belud,
Kg. Melangkap Baru, 
89158 Kota Belud, 
Sabah



Waktu Operasi


Dibuka setiap hari dan setiap jam (24 jam)


Harga Tiket Masuk dan Bermalam






Yuran Kemasukan (Warganegara Malaysia)


RM3 (Dewasa 13 tahun ke atas)
RM2 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]


Yuran Kemasukan (Bukan Warganegara Malaysia)


RM6 (Dewasa 13 tahun ke atas)
RM4 (Kanak-kanak 12 tahun hingga 7 tahun)
Percuma [Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU]


Yuran Bermalam (Warganegara Malaysia)


RM6/seorang/malam (Dewasa)
RM4/seorang/malam (Kanak-kanak)


Yuran Bermalam (Bukan Warganegara Malaysia)


RM12/seorang/malam (Dewasa)
RM8/seorang/malam (Kanak-kanak)


Kemudahan yang Disediakan


Khemah (Tent) 


Kem muat 2 orang – RM10/malam
Kem muat 4 orang – RM20/malam
Kem muat 6 orang – RM30/night
Kem muat 8 orang – RM40/night


Pelampung Tiub


RM3 ke atas/sebuah (bergantung kpd size)/1 jam (First come first serve)
Life Jacket RM3/1 jam (First come first serve)


Bantal – RM3/sebiji/malam
Sleeping bag – RM5/sehelai/malam
Tikar plastik – RM3/sehelai/malam
Tilam kekabu – RM4/sehelai/malam


Kerusi – RM1
Meja – RM5
BBQ pit – RM10 (makanan, arang dan bbq utensil tidak disediakan)
Canopy – RM15
Pondok Khemah RM30-RM40
Portable Gas RM15
Dewan Terbuka RM10/jam
Portable speaker – RM10/jam
LDC – RM10/jam
Kipas – RM5/jam
Bekalan elektrik di sediakan (tertakluk kepada caj)
Pondok Dapur – RM30
Unggun Api – RM20






Pengangkutan – Van dengan muatan 13 orang penumpang RM350 pergi balik KK-PMVSC-KK (pemandu disediakan)


Aktiviti yang Disediakan


Mandi sungai (Sungai Panataran airnya sejuk dan jernih mengalir terus dari Gunung Kinabalu)
River tubing Sungai Panataran (paling siok!)
BBQ (upon request)
Unggun Api (upon request)
Camping


Aktiviti Riadah Lain/Exercise/Games/Treasure Hunt/dll. 
(Peralatan dan aktiviti disediakan/dijalankan sendiri oleh guest)


Lain Lain Kemudahan


BILIK DOA, MINI CAFE, TANDAS, BILIK PERSALINAN & KAMAR MANDI TURUT DISEDIAKAN


ADA LIPUTAN LINE HP MAXIS DAN CELCOM! LINE DIGI TERHAD
JALAN ASPAL SEPANJANG JALANRAYA BESAR MENUJU PMVSC!


PRE-BOOKING DAN DEPOSIT DIPERLUKAN






Hubungi 


Call/Whatsapp
+6016 824 6529
+60 13 884 9350






Anda fikir anda tahu Permandangan Indah Gunung Kinabalu Di Polumpung Melangkap Kota Belud Sabah ?


Anda fikir sekali lagi….


Assalamualaikum.




Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *