Zaqhwan Buru Kemenangan Pertama Perlumbaan ARRC Musim 2018


MOHD Zaqhwan Zaidi berhasrat menamatkan kemarau gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi pada pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 12 hingga 14 Oktober ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu, yang juga juara keseluruhan musim 2014 dan 2016 setakat ini masih belum meraih sebarang gelaran juara sepanjang empat pusingan lalu. Sebaliknya, sekadar mencapai kedudukan kedua pada Pusingan 4 yang berlangsung di Madras, India, Ogos lalu.

Kali terakhir Zaqhwan muncul juara ialah pada Pusingan 1 ketika pusingan keenam ARRC di Litar Buriram, Thailand yang membantunya untuk muncul Naib Juara keseluruhan di belakang seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

BACA >>> SIC Sah Tubuh Pasukan Baharu MotoGP 2019, Yamaha YZR-M1 Jadi Jentera Taruhan
Podium SS600 Zaqhwan Zaidi ARRC India 2018

YAKIN BUAT TERBAIK

“Saya harap dapat memenangi perlumbaan minggu ini tetapi rekod saya di sini tidak begitu baik. Musim lepas saya sekadar di tempat ke-4 sebelum kemalangan dan tidak dapat beraksi pada Perlumbaan 2.

“Namun saingan sudah tentu bukan mudah, ditambah kehadiran pelumba tuan rumah dan juga faktor keadaan litar yang agak mencabar. Bagaimanapun, saya akan berikan yang terbaik dan yakin kemampuan jurutera pasukan untuk menyediakan jentera terbaik,” jelas Zaqhwan.

BACA >>> Zaqhwan Zaidi Rangkul Naib Juara Perlumbaan ARRC di India

Selepas empat pusingan, Zaqhwan yang turut beraksi dalam saingan 1000cc di Kejuaraan Seluruh Jepun kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan mengumpul 65 mata selepas tidak beraksi pada pusingan kedua di Australia.

Original Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *